Terima kasih kepada semua pengunjung blog zilakasim..... mulai dari 22 feb 2010... zilakasim sudah bepindah ke www.zilakasim.com.... nanti klik gambar kat bawah untuk masuk blog baru ni ekkkk...... TQVM

About Me

My photo
I'm working lady but have interest in sewing.... Menjahit adalah terapi paling berkesan untuk aku hilangkan sifat panas baran... syukur ke hadrat ilahi

Thursday, May 28, 2009

KELAS JAHIT TUDUNG KAT EPF 29 MEI 2009

Esok aku cuti, ada kelas jahit tudung kat EPF jalan Raja Laut. Sambil-sambil tu aku akan buat demo mesin jahit sulam sekali. Doakan aku agar berjalan dengan lancar
Continue Reading...

BANNER, TAG HARGA, NAME CARD & LABEL

Aku nak berkongsi sikit pasal aku tempah banner, tag harga, flyer, name card & label kat kawan2 semua...

Harga yang aku dapat ekkk ngan design diaorg buatkan.....

Banner termasuk stand RM85
tag harga 500 pcs RM75
flyer 1000pcs pastu dapat free 250 pcs (saiz a6) rRM155
name card (laminating) belakang depan rm19

pastu ni label baju aku kongsi ngan kawan2, harga baru 240 untuk 1000pcs.... jenis woven

so sape2 yg nak printing boleh aku bagi contact no budak tu ekkk, tolong promote untuk dia ni
Continue Reading...

Wednesday, May 27, 2009

MAJALAH JAHIT DRESS & QUILT



Semalam saya sempat beli 2 majalah. satu majalah cara-cara jahiut dress & satu lagi majalah quilt


yang gambar satu lagi tu aku beli buku tu last week
Continue Reading...

FOTO PROJEK TERBARU AKU






Seperti yang aku janjikan, di sini aku upload projek terbaru aku

1. Beg
2. Lipatan Origami
Continue Reading...

Sukaduka aku selama berbisnes

Untuk tatapan semua, dalam dunia bisnes kita mesti tabah untuk menghadapi segala dugaan yang diuji oleh Allah S.W.T......

sepanjang aku berbisnes ni macam2 dugaan telah aku hadapi.... mula-mula tu memang aku menangis tetapi kata-kata semangat dari kawan-kawan buat aku berjaya tempuhinya.... sekarang ni aku pegang pada prinsip biar orang buat kita jangan kita balas balik perbuatan mereka tu. Aku selalu muhasabah kat diri aku sendiri Allah bersama-sama orang yang teraniyana..... fuhhh macam aku baik sangat lak..... rezeki Allah tu luas kat bumi ini, percayalah
Continue Reading...

BBA majoring in Finance kat UPM





Ini gambar sekitar konvo aku... wooow bangga giler coz aku dapat bertahan selama 3 tahun aku ber berjaya harunginya.... pukul 7 pagi pege keje, pukul 6.30 petang kelasku bermula sampai pukul 10.30 malam... ini aku terpaksa tempuhi selama 3 tahun..... letih tu jangan cakap, bawa keta boleh terlelap... penat nyerrrrrr
Continue Reading...

Kisah famili lagi





Hari ni aku dah save pendrive gambar-gambar yang akan jadi jadi memori dalam keluargaku

1. Ini gambar adik beradik perempuanku... banyak lagi aku nak upload... mungkin gambar keluarga terbaru lagi

2. Ini gambar adik beradikku bersama ipar duir serta anak buah

3. Ini pula gambar nenek aku ekk.. umur dia dah dekat 100 tahun gitu

4. Mula-mula aku letak gambar ibu dan ayah tercinta. Ini gambar hari raya terakhir ayah sebelum dia meninggalkan kami semua. Sekali lagi al fatihah untuk ayahku

Continue Reading...

Tuesday, May 26, 2009

Label


Ni label yang aku design sendiri, aku akan guna label ni setiap kalu aku hasilkan sesuatu produk, confirm aku akan tepek sekali label ni.... tenagh tunggu supplier buat ni, harap-harap awal jun ni dapat kot

Pastu aku gunakan design ni juga untuk aku buat tag harga, cam nampak cun lak.... perasan sendiri... hahahhahah
Continue Reading...

Latarbelakang hidupku

Hari ni aku terasa nak cerita sedikit pasal latarbelakang keluargaku. Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar di Kampung Batu Balai Kuala Krai Kelantan. Ayah kesayanganku bernama Kasim Bin Isa dan Mak pula Khadijah Ibrahim (cam nama artis ekkk). Aku abadikan nama ayah dalam Zilakasim Quilt Shop. Bangga bila orang sebut Zilakasim gitu.

Ayah telah menghembuskan nafas terakhir pada malam raya aidilfiri tahun 2007. Kami tidak menyambut hari raya pada tahun tersebut, masih terbayang-bayang senyuman ayah melihat kepulangan semua anak bagi menyambut raya. Ayah sempat menegur kak long supaya pandai buat ketupat daun palas, masih teringat kata-kata dia 'nanti kalu orang tua dah tak ada, sape nak buat ketupat ni lagi'.... sedih bila teringat semua tu.... setiap kali aku berbicara pasal ayah, airmata mesti mengalir, hanya orang yang pernah merasa kehilangan ayah yang akan memahami situasi bahawa betapa rindunya pada seorang ayah.

Aku akan balik kampung pada 13 Jun ini untuk urusan pembahagian harta pusaka ayah, harta bagi aku hanya sebagai bekal dalam kehidupan tetapi kasih sayang ayah itu lebih tinggi nilainya. Prinsip adik-beradik aku, jangan berebut harta, jaga ikatan kekeluargaan itu lebih penting....

Aku dah tak boleh nak tulis lagi, airmata dah cam nak kuar ni..... wawawawwawawa Al fatihah untuk ayahanda tercinta KASIM BIN ISA
Continue Reading...

Monday, May 25, 2009

JADUAL AKTIVITI ATAU BENGKEL

Sesiapa yang nak tahu di mana saya berada, sila klik di sini

Saya akan update segala aktiviti atau bengkel yang saya ikuti
Continue Reading...

FOTO BAGI SETIAP APA YANG AKU BUAT

Kemampuan aku terbatas nak upload gambar2 lama kat sini, so kalu pembaca nak tengok boleh klik di sini
Continue Reading...

FEEDBACK DARI PEMBACA

Jika pembaca semua ada feedback, boleh bagi komen atau cadangan kat sini, harap2 saya dapat memperbaiki diri lagi ke arah yang lebih baik

Saya hargai segala komen serta cadangan dari pembaca semua bagi kebaikan bersama
Continue Reading...

BISNES ONLINE

Bisnes online? memang tidak pernah terlintas kat fikiran aku selama ni akan buat bisnes secara online. Aku selalu dengar orang cakap jutawan internet cam irfan khairi tu. Tapi bila dah terlibat memamang menyeronokkan, tak perlu bayar sewa kedai, bayar sewa internet jee... jimat segalanya... kedai tu laptop kita jeee

Sebelum aku serius berbisnes, aku ada jahit untuk kawan2 juga, sambutan memang menggalakkan... kawan-kawan university semua order kat aku. Pendapatan aku masa tu dah kira lumayan juga

Aku diperkenalkan oleh member ofis baru aku camna nak bisnes online, dia jual handbag secara online, hari2 dapat duit, terus aku teruja.... aku cuba joint.... wowwwww betul2 syok, hari2 duit masuk kat dalam akaun, masa tu aku rasa laptop yg aku beli selama ni berguna balik, maklum la balik keje kena upload gambar atau check order atau pertanyaan customer. Thanks to aisyah kerana dia buka minda aku pasal online bisnes. Tak perlu sakit kepala.... December 2007 aku dah mula online bisnes
Continue Reading...

BELAJAR BUAT LIPATAN ORIGAMI

Kit lipatan origami ni aku dah beli seminngu yang lepas, namun semalam je aku berpeluang untuk belajar buat tu, cantik sesangat, senang je nak lipat-lipat bila u dah tau, cepat je siap, tapi yang pasti iron mesti ada sentiasa kat tepi, leaps satu-satu lipatan kena iron dulu baru boleh lipat lagi

now aku nak belajar balik anyaman beg tu, dah lupa terus, maklum la cikgu yg siapakan anyaman tu, aku cam malas dah, so akan aku belajar balik..... bias tape maker semua saiz aku dah ada kecuali saiz 3/4 inci je belum sempat nak g beli..... so no excuse untuk aku malas nak belajar anyaman tu, semua tools dah lengkap, aku je kena built up mood aku jeeeee... hehehe
Continue Reading...

JAHITAN BEG TOTE

Pada 23 May 2009, pagi2 aku sudah keluar ambik stok, pastu bali terus jahit order tudung.... jahit tudung boring juga tup2 aku selang-selang jahit beg tote, tup2 samapi pukul 3 pagi aku siapakn beg tersebut, gambar aku upload nanti ek, lupa nak bawa kamera lak.... pergi bawa kat epal semua org puji begku yg cantik itu, beg tu bertemakan hitam putih, aku gunakan kain jeans hitam plus kain corak hitam putih
Continue Reading...

Wednesday, May 20, 2009

Keratan Akhbar dan majalah


Ni yang epal keluarkan
Aku bangga sanagt kerana usaha aku selama ini berbaloi, artikel-artikel mengenai kejayaan aku mendapat Tokoh Wanita HBB 2007 telah dipaparkan akhbar-akbar tempatan seperti berita harian, bacaria, majalah nur etc

Aku tidak dapat nak scan semua keratan akhbar tersebut, ini adalah sebahagian sahaja


Continue Reading...

Monday, May 18, 2009

Mesin jahit pertama


Mesin jahit pertama yang aku miliki adalah barand Janome model Harmony 2409 atau lebih dikenali dengan mesin jahit epal. Aku beli pada harga RM1899. Mesin ini memang banyak berjasa dalam kehidupan aku.... dan paling aku terharu, kerana mesin inilah aku telah mengenali apa itu seni jahitan....
Continue Reading...

Long Purse

Aku berangan nak siapkan long purse ni... boleh la aku bergaya kat kawan2 nanti.... siapa-siapa yang nak beli kit boleh contact saya nanti ya...

Kunjungi www.zilakasim.multiply.com untuk jamu mata anda ekkk
Continue Reading...

TUKAR TAYAR KERETA DENGAN SPORT RIM SEKALI

Semalam aku telah pergi ke Jalan Kapar di Kelang untuk tukar tayar kereta dengan sport rim sekali. Aku bugdet max RM2000 sahaja (tak mau ikut sangat budak lelaki hias kereta cam boleh ganti isteri)... Aku gunakan duit hasil aku buat kelas jahit tudung di DBKL, lumyan juga, aku dapat RM4000. Selebihnya aku nak simpan duit tu buat modal bisnes.

Tawar-menawar semalam cina tu bagi aku RM1400, tayar rm155 sebijik dan sport rim RM800 , balance untuk charge eksesori. RM600 lagi aku nak beli timing belt, nak servis kereta... so kira budget aku x over. Syukur ke hadrat ilahi
Continue Reading...

JAHITAN TUDUNG DIY


Pada December 2008 aku mula jahit tudung sendiri ....macam-macam patern tudung aku jahit. Pada 25 Dec 2008 aku buka kelas percuma untuk belajar jahit tudung DIY di Bandar Baru Bangi. Wartawan dari kosmo buat artikel pasal kelas tudung tersebut

ini dia keratan akhbar tersebut
Continue Reading...

TOKOH WANITA 2007

Pada Mar 2008 aku telah menerima anugerah Tokoh Wanita HBB 2007. Anugerah disampaikan oleh Tengku Azizah.... Syoknya kerana aku jadi perintis bagi anugerah tersebut. Anugerah ini adalah anjuran pusat epal

Ni sebahagian gambar2 sekitar anugerah tersebut



Continue Reading...

Thursday, May 14, 2009

May 2006 bemulanya aku sebagai anak seni

Tarikh keramat May 2006, bermulanya perjalanan aku sebagai anak seni .... bukan artis tau, tapi sebagai tukang jahit... hahahha

Setiap hari minggu aku menghabiskan masa untuk belajar di pusat latihan epal puchong...

projek bulanan pertama yang berjaya aku siapkan adalah beg cornus dan baju smocking....oleh kerana aku terasa untuk mendapatkan peralatan quilt & patch terlau susah, aku telah google di internet dan tanya kawan sekeliling... akhirnya usaha aku berbaloi...

Aku juga berjaya mendapatkan mesin pleater brand sally stally pada harga RM590, tapi yang paling syok lagi aku berjaya jadikan mesin tu antik kerana company yang mengeluarkan produk ni telah tutup kedai... yahooooo... Sekarang kalau nak dapatkan mesin ni harga paling murah RM760 brand read
Continue Reading...

Wednesday, May 13, 2009

Projek jahitan pertama

Oleh kerana terlampau teruja, aku beli kedua-dua projek bulan Jun iaitu jahit beg cornus dan baju smocking... Hahahhaha sampai sekarang aku tergelak, mau tak semua aku nak beli, aku beli projk mother;'s day iaitu terompah dan beg, terompah dah siap aku pakai (st time dating ngan boyfren) tapi beg sampai sekarang tak siap-siap, projek tergendala tu aku tinggal kat rumah kak long, ingat nak g geledah n cari balik kit tersebut, sayang woooi kit tu aku beli pada harga RM259

Oleh kerana ku gila sangat menjahit, aku telah beli mesin pleater brand sally stanly pada harga RM590 sahaja....

nanti aku update lagi ekkkk
Continue Reading...

Macamana aku terjebak dalam seni jahitan kreatif

Untuk tatapan pembaca semua, penglibatan aku dalam dunia jahitan kreatif adalah secara tidak langsung...... sebenarnya kisah aku bermula begini... cewah cam la famous lak

Aku buat degree in finance secara part time, so masa aku memag padat dan tahap penat tu x boleh nak cerita. Setiap hari selepas kerja aku perlu hadir ke kelas di UPM, hari minggu juga aku perlu buat assignment bersama kawan-kawan. Aku mengambil masa 3 tahun bagi untuk menghabiskan study tu, usaha aku selama tidak sia-sia, dan aku berjaya mendapat degree dengan result yang cukup membanggakan.

Selepas tamat degree, aku merasakan masa aku terbuang begitu sahaja. Aku cuba mendapatkan pandangan kawan-kawan mengenai boring aku yang sudah sampai tahap maksimum, segala buku cerita aku baca ternasuk majalah tetapi aku rasa macam tidak puas lagi. Kawan aku mencadangkan aku belajar jahit.... bagus juga idea dia tu, maklum la selama ini baju hantar balik kat mak untuk jahit.....

Terus aku search kat internet, rezeki aku kot terjumpa web epal, terus call epal, masih ingat lagi , lunch aku terus pergi pusat epal, jumpa indot, terus confirm beli mesin

So bermula kegiatan hari minggu aku di pusat epal, May 2006 aku memiliki mesin jahit harmony 2409. Setiap malam aku begitu teruja menjahit....

so kisah selanjutnyaaaaaaaa tunggu next coretan
Continue Reading...

Coretan anak seni




Tiba-tuba aku terlintas nak tulis setiap kegiatan seni jahitan kreatif ni untuk tatapan umum. Aku berharap setiap coretan tersebut dapat memberi inspirasi kepada semua peminat-peminat seni kraf
Continue Reading...
Related Posts with Thumbnails